BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang disayangi dan dimuliakan.

Semalam seorang teman bercerita dan diakhir ceritanya timbul persoalan, “Nak buat pilihan pun susah”.

Pilihan ditangan kita, tapi macam mana kita buat pilihan.  Aspek apa yang selalu kita ambilkira untuk buat pilihan yang tepat dengan situasi dan masa?  Mestilah kita tak mahu buat pilihan yang boleh menyusahkan kita dimasa depan.

Saya kongsikan disini step mudah untuk buat pilihan yang bertepatan.

  1. Pilihan apa yang kita boleh buat? Berapa pilihan kita ada?

 

  1. Apa yang kita pilih untuk diri kita sendiri?

 

  1. Apa yang kita pilih untuk puaskan hati orang lain?

 

  1. Apa yang kita pilih untuk berfikir? Nak keputusan baik hati? Atau pentingkan diri?

 

  1. Apa emosi kita masa buat pilihan? sedih, marah atau gembira? Utamakan rasional dan tenang barulah pilihan kita berjangkamasa lama.

 

  1. Apa yang kita nak lakukan? Kebaikan? Kejahatan? Hasilnya kena bersedia untuk tanggung sendiri.

 

  1. Bagaimana pilihan ini mempengaruhi tingkahlaku kita untuk masa depan.

 

  1. Apakah pilihan lain yang kita boleh pilih? Apakah kesannya? Sanggup tanggung akibatnya?

 

  1. Buat keputusan yang dapat memberi hasil terbaik untuk meneruskan masa depan.

 

  1. Yang penting apa pengajaran yang kita perolehi dari situasi yang memerlukan kita buat pilihan. Kita takkan mau tempuh keadaan dilemma memilih yang sama dalam hidup.

 

Pesanan dari Prof Dr Muhaya:

Cara seseorang itu berfikir menentukan personaliti seseorang.  Sebab fikiran menentukan emosi kita sama ada baik atau buruk.  Jika emosi negatif, akan terzahir melalui tindakan kita respons atau tindakbalas yang negatif, yang dipamerkan melalui memek muka yang masam dan garang, percakapan yang kasar dan ego, serta gaya jalan yang bongkak dan sombong.  Hal ini berlaku kerana “dunia dalaman” mempengaruhi “dunia luaran” kita.  Oleh sebab itu, apa guna berwajah ayu dan berupa tampan, kalau personaliti diri tidak sopan dan menawan.  Jom audit diri kita dan perbaiki dunia dalaman kita.

InshaaAllah, saya akan kongsikan lebih lagi tips yang bermanfaat.

Love you more.

Wassalam.

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.