CARA MENANGANI STRESS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Salam sejahtera dan assalamualaikum untuk sekelian pembaca yang dimuliakan.

Inilah kali pertama saya menulis semula blog setelah lebih 7 tahun mendiamkan diri. Banyak perkara yang telah terjadi, banyak yang telah saya belajar tentang hidup. Rata-rata, saya perhatikan ramai orang yang hidupnya semakin “stress”.  Berbagai sebab; contohnya ekonomi, keluarga, teman-teman dan kadang-kadang sebab yang tidak memberi kepuasan lojik akal. Yang penting, macam mana kita tangani stress kita?

Stress boleh menyebabkan bahasa kesat digunakan, tindakan luar kawal yang sangat extreme, kekejaman dan berbagai-bagai tindakan yang tak rasional.  Tak kurang juga mereka yang hilang pertimbangan lantas menjadi kurang siuman akibat stress.

Kenapa generasi dulu tiada penyakit stress ini ye?  Atau mungkin teramat kurang berbanding era millennium ini.

Apakah kita tergolong dalam kategori mereka yang stress tanpa kita sedari? Mari kita perhatikan symptom.

Universiti North Carolina telah menyediakan checklist umum untuk kita perhatikan tahap stress kita.  Dimanakah tahap stress kita?

Mengelak dari stress dan mengawal keadaan diri kita adalah lebih baik dari melalui situasi stress.

Tahap stress saya semasa dahulu amat berbeza berbanding sekarang.  Dengan izin Allah, pengalaman seharian telah mengajar saya mengawal keadaan diri.  Saya masih terus memperbaiki  keadaan diri saya.

Saya kongsikan disini cara-cara positif yang dipraktikkan bagi mengawal keadaan diri secara berkesan untuk mengelakkan stress, yang selari dengan pandangan agama Islam kita.

  1. Kita memilih setiap tindakbalas, serta bertanggungjawab atas setiap keputusan.

Pandangan negatif yang tidak adil, kritikan serta “expectation” orang sekeliling kita boleh membuatkan kita stress.  Mengapa perlu kita menerima dan mengiyakan anggapan-anggapan karut mereka sehingga kita jadi beremosi lalu bertindak?  Kemarahan kita tidak membuktikan kita benar, hanya akan membuka aib kita.  So, pilihlah tindakbalas yang tidak membuat kita stress.  Yang penting apa pengalaman yang kita perolehi dari situasi sebegitu supaya perkara yang sama tak berulang.

Kita lebih kenal akan diri kita, kemampuan dan matlamat hidup kita.  Penuhi matlamat hidup kita untuk kita, kerana Allah.  Tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab keatas kehidupan kita, melainkan hanya kita.  Ambil masa berfikir dan buat keputusan sendiri.  Tiada siapa yang berhak mengarah-arahkan kita melakukan sesuatu jika kita tidak membenarkan mereka menguasai hidup kita.

Elakkan diri dari menjadi mangsa buli yang selalu memaksa kita melakukan perkara-perkara diluar kehendak hati kita.  Desakan, paksaan dan suruhan yang diasak pada kita, perlu bijak ditangani.  Kita sentiasa ada pilihan, pilihlah dengan bijak.

  1. Menangani kritikan

Bukan semua kritikan itu jahat. Kritikan membina patut dinilai dengan baik untuk kebaikan masa depan kita.  Hati-hati memilih antara kritikan yang memberi kebaikan dengan yang membuat kita hilang keyakinan diri.

Ketika mula mendengar kritikan, fikirkanlah sejenak sama ada ianya baik atau sebaliknya.  Tenang dan senyum, jangan terus bertindakbalas melulu.  Jika kritikan yang baik fikir-fikirkan, jika kritikan yang menyakitkan hati abaikan sahaja.  Kita ada pilihan untuk tidak mengiyakan kritikan jahat.

Mungkin juga ada objektif disebalik kritikan.  Ambillah yang benar dan tinggalkan negativity.  Pilihan ditangan kita.

  1. Tertib berkomunikasi

Bila kita berkomunikasi dengan seorang rakan atau ramai, bahasa kita janganlah sampai menyinggung.  Tetapi jika mereka tetap rasa tersinggung, salah kitakah itu?  Dimanakah sempadan tanggungjawab kita bila berkomunikasi?

Nilai komunikasi kita terhad pada apa dan bagaimana kita bercakap.  Sebab itu kita mesti berfikir sebelum berkata-kata.  Pastikan tuturkata kita tidak menimbulkan masalah pada diri kita dikemudian hari.

Penerimaan orang yang mendengar bukan lagi tanggungjawab kita, kerana penerimaan orang bergantung sepenuhnya kepada hati dan pemikiran mereka.  Mereka yang mendengar mungkin tidak dalam keadaan rasional ketika itu.  Ini diluar kawalan kita.  Berhenti menyalahkan diri sendiri seandainya orang menerima secara negatif apa yang kita sampaikan.

Banyak lagi punca-punca stress yang boleh kita positifkan menjadi ketenangan untuk kita.  Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada kita nak lebihkan drama kita dengan marah, sedih, cemburu atau hidup aman tenteram dan fokus pada perancangan masa depan.  Masa depan kita bermula dari perancangan kita sekarang.

InshaaAllah saya akan kongsikan lagi tips positif mengelakkan diri dari stress.

Love you more.

Wassalam.

Fidza Ismail

facebook : Fidza Ismail

linkedin : Siti Hafidzah Sheikh Ismail

 

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.