BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca tersayang.

Berbicara tentang kehidupan, kita tak akan lepas dari mengenang kisah lalu. Kisah yang tak mungkin akan kita tempuh selama hayat. Setiap kenangan, pasti membuat kita berfikir seandainya kita ubah cara kita semasa itu pasti hasilnya berbeza.

Kenapa kita sering mengimbau kenangan lama? Kenapa kita selalu nak ubah yang lepas? Yang sekarang ni, bila nak ubah? Perlukah kita tunggu masa sekarang menjadi masa lalu baru kita nak ubah? Kerja sia-sia kan?

Kita mengejar yang telah lalu, kita tak pasti apa kita patut buat masa sekarang ini dan hari esok kita tak hirau apa akan berlaku. Inilah tabiat kita. Apa yang dapat kita capai dalam hidup jika kita terus-terusan begini? Boleh tak kita ubah pola kehidupan kita ini menjadi kehidupan yang sentiasa mengenang masa depan yang berjaya dunia dan akhirat.  Apa pilihan yang kita ada?

Hidup kita ini hanya sebagai pengembara yang berhijrah dari satu zaman ke satu zaman. Pilihan kita nak mengembara macam mana; laluan jauh atau dekat, laluan susah atau mudah, laluan lancar atau berliku. Malu bertanya pastilah sesat jalan. Nak sesat ke? Peta, buku panduan mana? Jadi rujukan atau letak tepi?

Pilihan kita selalu kita tak nak pilih. Yang bukan pilihan itu yang kita sangat suka tumpukan perhatian. Sudahlah tu, hentikanlah mengenang kisah lama. Tak balik modal pun. Fikir masa hadapan. Rancang perjalanan kita untuk teruskan pengembaraan. Destinasi kita dah pun dinyatakan dalam peta dan buku panduan. Tak perlu keliru lagi.

Ayuh patuh kepada yang menjadikan kita, yang empunya kita, yang hanya layak kita menghambakan diri. Demi suatu keredhaan yang tiada tanding.

Berikan hati pada yang satu, yang Maha Esa, yang tidak diduakan.  Tiada yang setanding, tiada yang boleh diganding, tiada yang layak bertanding. Allah yang Maha Agong, yang disembah sekelian makhlukNya, yang menjadikan setiap kejadian dan makhluk, yang empunya sekelian cekerawala dan semesta alamNya.

Wassalam.

Fidza Ismail

facebook : Fidza Ismail

linkedin : Siti Hafidzah Sheikh Ismail

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.